

PENGENALAN
Program "Who want to Be Emcee" adalah unik yang direka khas untuk individu yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pengacara majlis (emcee) yang profesional dan berkarisma. Dalam dunia acara dan majlis, peranan seorang emcee adalah sangat penting kerana mereka adalah penghubung utama yang memastikan kelancaran perjalanan sesebuah acara, menghidupkan suasana, dan memikat hati audiens.
HASIL PEMBELAJARAN

Memberi pendedahan kepada umum tentang bagaimana untuk mencipta "keistimewaan" diri melalui kekuatan personaliti

Membantu individu-individu yang ingin "menjadi seseorang" tetapi masih tercari-cari pendekatan yang sesuai

Memberi pendedahan tentang bagaimana gaya dan cara boleh membina etika professional seterusnya membawa penampilan diri yang cemerlang

Membantu mereka yang ingin menjadi "Better Person" melalui cara berfikir, berinteraksi dan bertindak
SIAPA YANG HARUS TURUT SERTA
?

Mereka yang sedang belajar dalam bidang komunikasi, penyiaran, atau media yang ingin mempelajari teknik-teknik pengacaraan majlis.

Individu yang baru memulakan kerjaya sebagai pengacara majlis dan ingin meningkatkan kemahiran mereka untuk menjadi lebih profesional.

Penceramah motivasi dan penceramah awam yang ingin memperbaiki kemahiran mereka dalam mengendalikan majlis dan acara.

Mereka yang terlibat dalam pengurusan acara dan ingin memahami peranan pengacara majlis dengan lebih mendalam untuk memastikan kelancaran setiap majlis yang diuruskan.

Guru dan pensyarah yang sering mengendalikan program sekolah atau universiti dan ingin meningkatkan kemahiran mereka dalam mengendalikan majlis rasmi dan tidak rasmi.

Usahawan dan pengurus yang kerap menjadi hos untuk acara syarikat, seminar, atau pelancaran produk dan ingin memberikan impak yang lebih besar melalui kemahiran pengacaraan yang lebih baik.
