

PENGENALAN
Program "Road to Corporate-Etika dan Profesionalisme" membawa individu yang dibimbing untuk menyelami, memahami dan mengaplikasikan prinsip etika dan profesionalisme dalam dunia korporat. Dalam era globalisasi yang semakin mencabar, kemahiran teknikal semata-mata tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Program ini menekankan pentingnya etika kerja yang tinggi dan sikap profesional dalam membina kerjaya yang cemerlang dan dihormati.
HASIL PEMBELAJARAN

Memberi pendedahan kepada umum tentang bagaimana untuk mencipta "keistimewaan" diri melalui kekuatan personaliti

Membantu individu-individu yang ingin "menjadi seseorang" tetapi masih tercari-cari pendekatan yang sesuai

Memberi pendedahan tentang bagaimana gaya dan cara boleh membina etika professional seterusnya membawa penampilan diri yang cemerlang

Membantu mereka yang ingin menjadi "Better Person" melalui cara berfikir, berinteraksi dan bertindak
SIAPA YANG HARUS TURUT SERTA
?

Pekerja yang baru sahaja memulakan kerjaya dan ingin memahami lebih lanjut tentang etika dan profesionalisme di tempat kerja.

Pekerja yang ingin mempertingkatkan kemahiran profesional dan memahami kepentingan etika dalam pekerjaan harian.

Pengurus yang ingin memperkukuhkan etika dan profesionalisme dalam pasukan mereka

Perunding yang memberi nasihat kepada syarikat tentang amalan terbaik dalam etika dan profesionalisme.

Usahawan yang ingin membina perniagaan yang beretika dan profesional
