28 Mei 2024, Boss Seven Academy dibawah naungan Boss Seven Engineering Sdn. Bhd. berpeluang memperkenalkan dan memberi pendedahan tentang program dan servis yang ditawarkan oleh Boss Seven Academy semasa Program TVET Entrepreneur sempena Hari TVET Negara 2024 berlangsung di Institut Latihan Perindustrian Ipoh, Perak. Seramai 150 orang pelajar Semester Akhir dari ILP Ipoh dan IKBN Ipoh terlibat untuk program ini.
Program ini bermula dengan perkongsian dari Principal Boss Seven Academy, Cik Intan Saidah Johari yang mendedahkan tentang bagaimana program yang ditawarkan ini dapat membantu membangunkan komuniti usahawan di setiap peringkat perkembangan.
Perkongsian slot Voice of Founder yang mengetengahkan perjalanan dan pengalaman dalam bidang perniagaan dari Pengarah Urusan Boss Seven Engineering Sdn Bhd dan Pengarah Urusan Syarikat HS Global Group Sdn Bhd. Di akhir program ini, slot soal jawab antara Pengarah Business Prospect Sdn Bhd dan Pengarah Urusan Boss Seven juga telah menyuntik semangat keusahawanan dan membuka minda peserta untuk mengenali lebih lanjut tentang bidang keusahawanan TVET.
Â