top of page

Majlis Penutup Program Tunas Perintis Usahawan MAIM & SME Corp Malaysia

5 Dis 2024

1 min read

0

25


Pada Jumaat, 29 November 2024, tirai Program Tunas Perintis Usahawan telah dilabuhkan dengan penuh kebanggaan selepas 14 hari berlangsung secara fizikal. Program ini adalah hasil kerjasama strategik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan SME Corp Malaysia, bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.



Majlis Perasmian Penutup ini dirasmikan oleh Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha MAIM, manakala YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, menyampaikan ucapan aluan.


Dengan objektif utama untuk meningkatkan taraf hidup 29 usahawan asnaf, program ini berjaya memperkasakan peserta dengan geran perniagaan berjumlah RM435,000. Lebih daripada itu, ia bertujuan memupuk daya tahan, jati diri, dan mengubah paradigma daripada penerima zakat kepada pembayar zakat melalui keusahawanan inovatif.




Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan program ini dengan cemerlang! Anda kini membawa bukan sahaja ilmu, tetapi semangat baharu untuk mencipta perubahan dalam diri, keluarga, dan masyarakat. Semoga langkah kecil ini menjadi titik permulaan kepada kejayaan besar.


Kami di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Melaka dan SME Corp Malaysia kerana mempercayai kami sebagai pelaksana program ini. Teruskan usaha, tingkatkan ilmu, dan jangan pernah berhenti bermimpi.


Jumpa lagi di sesi pemantauan akan datang! 👌

5 Dis 2024

1 min read

0

25

Related Posts

Boss Seven Academy

11-1, Jalan Astaka 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor, Malaysia

(+60)10 260 8057

Klang Meru (HQ)

26, Jalan Meru Indah 19/KU8,
Taman Perindustrian Meru Indah,
42200 Klang, Selangor.

(+60)3 3393 9057

Kota Bharu (Branch)

Lot 2406 - Lot 2411, Mukim Kemumin, Kawasan Perindustrian Fase 1, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan

(+60)8 836 6500

©2024 by Boss Seven Academy

bottom of page