Boss Seven Academy merupakan badan pengurusan Boss Seven Engineering Sdn. Bhd. yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan melaksanakan program-program latihan dalaman dan korporat.
“THE PIONEER OF BUSINESS LEADER” - sejajar dengan slogan korporat akademi, melahirkan komuniti usahawan dan kumpulan modal insan yang berkualiti merupakan objektif dan KPI kepada penubuhan Boss Seven Academy.
Memiliki struktur latihan berdasarkan situasi semasa dan Boss Seven Engineering Boss merupakan pemain industri TVET. Akademi melihat ini sebagai satu kekuatan untuk berada di dalam industri latihan seterusnya menjadi pelopor
kepada ‘business leader’ yang berkaliber.
MISI
Keberadaan di dalam industri sebagai pembekal latihan yang mempunyai ekosistem lengkap dalam mempersiapkan individu dan organisasi dengan program-program Pembangunan Ekonomi dan Pembinaan Modal Insan. Bersedia dengan kepelbagaian siri latihan berkumpulan dan individu melalui pendekatan secara langsung (hands-on) dengan modul yang komprehensif dan holistik.
VISI
Sebagai badan pengurusan latihan dalaman dan korporat, Boss Seven Academy mempunyai visi 4M bagi program iaitu Melahir, Membimbing, Membangun & Memantau setiap daripada mereka yang terlibat dengan siri latihan bersama akademi. Boss Seven Academy akan memastikan setiap harga yang dilabur akan mendapat bukan sahaja ROI tetapi NILAI yang mampu merubah cara hidup seterusnya menjadi mereka yang bersedia untuk menyumbang kembali kepada agama, bangsa dan negara.
NILAI
Setiap pelaburan mengharapkan pulangan pelaburan (ROI). Persoalannya adakah ROI tersebut bernilai? Nilai (VALUE) sesebuah pelaburan bukan sekadar diukur melalui keberkesanan Latihan (KBL) tetapi bagaimana keberhasilan itu bersedia untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.
Pengstrukturan program-program kendalian Boss Seven Academy menyasarkan nilai yang boleh digunapakai untuk sumbangan semula kepada komuniti dan negara. Program-program Pembangunan Ekonomi melalui siri-siri latihan Pembangunan Usahawan di pelbagai peringkat menyasarkan komuniti usahawan bukan sahaja berjaya untuk terus
berkembang, tetapi bersedia untuk menawarkan peluang baru kepada yang lain. Program Pembinaan Modal Insan meletakkan kecemerlangan peribadi dan organisasi dalam pelbagai situasi dan emosi seterusnya menyumbang kepada hasil yang berkualiti.
Kesimpulannya, Boss Seven Academy bukan sahaja berada di dalam industri hanya sekadar berorientasikan keuntungan semata, tetapi meletakkan NILAI yang sedia disumbangkan kembali kepada agama, bangsa dan negara sebagai penanda aras kejayaan MISI dan VISI.